{"id":21860,"date":"2023-09-20T15:03:34","date_gmt":"2023-09-20T07:03:34","guid":{"rendered":"https:\/\/www.lada.gov.my\/?p=21860"},"modified":"2023-10-30T15:14:15","modified_gmt":"2023-10-30T07:14:15","slug":"mini-expo-business-in-transformation-mini-bite-2023-buka-peluang-ceburi-perniagaan-pra-francais-mampu-milik-4","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/lada.gov.my\/en\/mini-expo-business-in-transformation-mini-bite-2023-buka-peluang-ceburi-perniagaan-pra-francais-mampu-milik-4\/","title":{"rendered":"MINI EXPO BUSINESS IN TRANSFORMATION (MINI BITe) 2023 \u2013 BUKA PELUANG CEBURI PERNIAGAAN PRA-FRANCAIS MAMPU MILIK"},"content":{"rendered":"<div class=\"fusion-fullwidth fullwidth-box fusion-builder-row-1 nonhundred-percent-fullwidth non-hundred-percent-height-scrolling\" style=\"--awb-border-radius-top-left:0px;--awb-border-radius-top-right:0px;--awb-border-radius-bottom-right:0px;--awb-border-radius-bottom-left:0px;--awb-flex-wrap:wrap;\" ><div class=\"fusion-builder-row fusion-row\"><div class=\"fusion-layout-column fusion_builder_column fusion-builder-column-0 fusion_builder_column_1_1 1_1 fusion-one-full fusion-column-first fusion-column-last\" style=\"--awb-bg-size:cover;--awb-margin-bottom:0px;\"><div class=\"fusion-column-wrapper fusion-flex-column-wrapper-legacy\"><div class=\"fusion-text fusion-text-1\" style=\"--awb-text-transform:none;\"><p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-11715 aligncenter\" src=\"https:\/\/www.lada.gov.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/media-300x200.png\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"200\" srcset=\"https:\/\/lada.gov.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/media-200x133.png 200w, https:\/\/lada.gov.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/media-300x200.png 300w, https:\/\/lada.gov.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/media-400x267.png 400w, https:\/\/lada.gov.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/media-500x333.png 500w, https:\/\/lada.gov.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/media-600x400.png 600w, https:\/\/lada.gov.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/media-700x467.png 700w, https:\/\/lada.gov.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/media-768x512.png 768w, https:\/\/lada.gov.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/media-800x533.png 800w, https:\/\/lada.gov.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/media.png 900w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">LANGKAWI, 29 OGOS 2023 \u2013 Perbadanan Nasional Berhad (Pernas), agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) optimis bahawa program Business In-Transformation (BIT) mampu melahirkan lebih ramai usahawan francais dalam kalangan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tahun ini, Pernas menyasarkan untuk membangunkan 24 pra-francaisor dan 48 pra-francaisi melalui program BIT dengan sasaran pembiayaan FM2 juta dan mewujudkan 300 peluang pekerjaan baharu. Sehingga kini, sejumlah RM13.35 juta telah disalurkan kepada usahawan BIT yang berkelayakan.  Melalui program ini juga, Pernas telah berjaya melahirkan 1,400 orang usahawan pra-francaisi serta memberi peluang pekerjaan kepada lebih 2,800 orang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Program BIT merupakan program mentransformasikan perusahaan kecil dan sederhana sehingga menjadi perniagaan yang berdaya saing dan boleh dimajukan ke arah perniagaan francais.  Sejak diperkenalkan dalam tahun 2013, sebanyak 207 buah syarikat dari pelbagai sektor telah mendaftar dalam program BIT.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bercakap ketika majlis perasmian Mini Business In-Transformation Expo (Mini BITe) 2023 di Langkawi, Tuan Haji Ahmad Fuad Bin Che Ani @ Abd Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyatakan,  penganjuran Mini BITe 2023 mampu menjadi platform terbaik untuk mempromosi program BIT kepada golongan sasar khususnya di Langkawi seterusnya melahirkan lebih ramai usahawan baharu khususnya dalam perniagaan sistem francais.<br \/>\nProgram Mini BITe ini merupakan inisiatif Pernas dan LADA bagi membantu para usahawan BIT mempromosikan pakej dan model perniagaan usahawan BIT Pernas dan membuka peluang kepada para peserta untuk menceburi bidang keusahawanan khususnya perniagaan yang bersistematik seperti BIT dan seterusnya perniagaan francais.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tuan Haji Ahmad Fuad Bin Che Ani @ Abd Ghani turut menyatakan penganjuran program ini adalah juga selaras dengan matlamat melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan masyarakat negeri Kedah khususnya di Langkawi sekali gus menjana ekonomi negeri Kedah.<br \/>\n\u201cLADA telah menyalurkan bantuan khusus kepada usahawan Langkawi melalui inisiatif khas di bawah HELANG iaitu Projek Ekonomi Baru (PEB). Seramai 1,505 orang telah mendapat manfaat secara langsung dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM826,074.00 bagi tempoh 3 tahun tersebut. Lanjutan dari itu, perniagaan francais merupakan platform terbaik untuk melahirkan lebih ramai usahawan daripada kalangan PMKS. Kerjasama ini, dapat membantu mereka untuk mentransformasikan perniagaan supaya mampu berdaya saing dengan jenama-jenama besar seterusnya dapat dikembangkan ke peringkat global.\u201d<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cSehingga kini seramai 200 orang usahawan yang berdaftar dengan LADA yang merangkumi tiga (3) bidang utama iaitu produk kecantikan dan kesihatan, barangan cenderamata dan kraf dan produk makanan\/minuman. Diharapkan dengan Pelaksanaan Mini BITe 2023 ini, dapat membantu para usahawan BIT mempromosikan pakej dan model perniagaan mereka serta membuka peluang kepada para peserta untuk menceburi bidang keusahawanan khususnya perniagaan yang bersistem dan moden ke arah francais.\u201d tambah beliau.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Acara Mini BITe 2023 ini turut dihadiri oleh YB Ripin bin Lamat, Timbalan Menteri Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (Pembangunan Usahawan) Negeri Sarawak dan YBhg. Dato\u2019 Abu Bakar As-Sidek bin Dato\u2019 Haji Mohd Sidek, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Pernas. <\/p>\n<p>______________________________________________________________________<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Untuk urusan media, sila hubungi: Nurzahirah Md Zamri, Jabatan Komunikasi Strategik melalui emel, nurzahirah.zamri@pernas.my atau hubungi talian 019-959 8811.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PERNAS)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pernas ialah sebuah syarikat pegangan pelaburan ditubuhkan pada 29 November 1969 yang dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) dengan mandat untuk menerajui pembangunan industri francais di Malaysia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mulai 2004, Pernas mempunyai sasaran untuk menerajui perkembangan industri francais di Malaysia dan membangunkan jumlah usahawan francais, melalui kepakarannya dengan menawarkan perkhidmatan serta produk-produk yang berkualiti seperti berikut:<\/p>\n<p>1.\tSkim Pembiayaan Francais untuk perniagaan dan usahawan francais yang merangkumi semua keperluan perniagaan francais termasuk perbelanjaan modal and keperluan modal kerja;<br \/>\n2.\tPembiayaan Ekuiti untuk membantu meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor francais strategik; dan<br \/>\n3.\tKhidmat nasihat dan bimbingan merangkumi sokongan kepada pembangunan usahawan dan perniagaan francais untuk meningkatkan daya saing dalam persekitaran perniagaan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pernas menyediakan khidmat latihan dan skim khas untuk francaisor dan francaisi dan mengalu-alukan rakan-rakan francais ke Malaysia. Selain itu, Pernas juga menawarkan perkhidmatan lain seperti latihan, penyewaan ruang runcit dan pelaburan ekuiti.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Berpusat di Ibu Pejabat di Bangsar South, Pernas juga mempunyai enam buah pejabat koridor iaitu Pejabat Koridor Utara, Pejabat Koridor Pantai Timur, Pejabat Koridor Selatan, Pejabat Koridor Sarawak dan Pejabat Koridor Sabah iaitu satu di Kota Kinabalu dan satu lagi di Sandakan yang bersedia menjalankan peranan mereka dalam membangunkan lebih ramai francaisor dan francaisi.\n<\/p>\n<p>-TAMAT-<br \/>\nLembaga Pembangunan Langkawi (LADA)<br \/>\n29 Ogos 2023<br \/>\n_____________________________________________________________________________________________________________________________<\/p>\n<p>Untuk maklumat lanjut berhubung kenyataan\/siaran media ini sila hubungi Unit Khidmat Korporat (LADA) di talian 04-9600626.<br \/>\n_____________________________________________________________________________________________________________________________<\/p>\n<\/div><div class=\"fusion-sep-clear\"><\/div><div class=\"fusion-separator fusion-full-width-sep\" style=\"margin-left: auto;margin-right: auto;margin-bottom:40px;width:100%;\"><\/div><div class=\"fusion-sep-clear\"><\/div><div class=\"fusion-sep-clear\"><\/div><div class=\"fusion-separator fusion-full-width-sep\" style=\"margin-left: auto;margin-right: auto;margin-top:50px;width:100%;\"><div class=\"fusion-separator-border sep-single sep-dotted\" style=\"--awb-height:20px;--awb-amount:20px;border-color:#e0dede;border-top-width:1px;\"><\/div><\/div><div class=\"fusion-sep-clear\"><\/div><div class=\"fusion-clearfix\"><\/div><\/div><\/div><\/div><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[150,132],"tags":[],"class_list":["post-21860","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-2023-en","category-press-release"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21860","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=21860"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21860\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":21863,"href":"https:\/\/lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21860\/revisions\/21863"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=21860"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=21860"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=21860"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}