{"id":23498,"date":"2023-12-05T15:33:26","date_gmt":"2023-12-05T07:33:26","guid":{"rendered":"https:\/\/www.lada.gov.my\/cosmic-connections-langkawi-usaha-memperkenal-pelancongan-astronomi-di-pulau-langkawi\/"},"modified":"2023-12-05T15:33:26","modified_gmt":"2023-12-05T07:33:26","slug":"cosmic-connections-langkawi-usaha-memperkenal-pelancongan-astronomi-di-pulau-langkawi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/lada.gov.my\/en\/cosmic-connections-langkawi-usaha-memperkenal-pelancongan-astronomi-di-pulau-langkawi\/","title":{"rendered":"COSMIC CONNECTIONS: LANGKAWI \u2013 USAHA MEMPERKENAL PELANCONGAN ASTRONOMI DI PULAU LANGKAWI"},"content":{"rendered":"<div class=\"fusion-fullwidth fullwidth-box fusion-builder-row-1 nonhundred-percent-fullwidth non-hundred-percent-height-scrolling\" style=\"--awb-border-radius-top-left:0px;--awb-border-radius-top-right:0px;--awb-border-radius-bottom-right:0px;--awb-border-radius-bottom-left:0px;--awb-flex-wrap:wrap;\" ><div class=\"fusion-builder-row fusion-row\"><div class=\"fusion-layout-column fusion_builder_column fusion-builder-column-0 fusion_builder_column_1_1 1_1 fusion-one-full fusion-column-first fusion-column-last\" style=\"--awb-bg-size:cover;--awb-margin-bottom:0px;\"><div class=\"fusion-column-wrapper fusion-flex-column-wrapper-legacy\"><div class=\"fusion-text fusion-text-1\" style=\"--awb-text-transform:none;\"><p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-11715 aligncenter\" src=\"https:\/\/www.lada.gov.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/media-300x200.png\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"200\" srcset=\"https:\/\/lada.gov.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/media-200x133.png 200w, https:\/\/lada.gov.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/media-300x200.png 300w, https:\/\/lada.gov.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/media-400x267.png 400w, https:\/\/lada.gov.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/media-500x333.png 500w, https:\/\/lada.gov.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/media-600x400.png 600w, https:\/\/lada.gov.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/media-700x467.png 700w, https:\/\/lada.gov.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/media-768x512.png 768w, https:\/\/lada.gov.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/media-800x533.png 800w, https:\/\/lada.gov.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/media.png 900w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">LANGKAWI, 3 Disember 2023 \u2013 Akademi Sains Malaysia (ASM) menerusi Inisiatif ArtScience dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) hari ini melancarkan sebuah buku coffee table berjudul Cosmic Connections: Langkawi. Buku setebal 100 muka surat ini memaparkan koleksi gambar-gambar hasil daripada cerapan ruang angkasa Pulau Langkawi berserta puisi khas dan lakaran artistik yang bertemakan kosmik. Pelancaran buku ini disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Dato\u2019 Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu\u2019adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah. <\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Penulisan buku ini diketuai oleh Academician Profesor Emerita Tan Sri Dato&#8217; Seri Dr Mazlan Othman FASc, Felo Kanan ASM yang juga ialah Pengerusi Inisiatif ArtScience ASM. Selaku penulis bersama, Profesor Emeritus Dr Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara 2021) menyumbang karya puisi khas bagi buku ini di dalam Bahasa Melayu dan Inggeris serta Dr Jailani Abu Hassan (Artis kontemporari) yang mencoret lakaran artistik bertemakan kosmik dengan teknik bitumen dan akrilik. <\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cInisiatif Artscience ASM sejak diperkenalkan pada tahun 2019 semakin mendapat perhatian pihak berkepentingan dalam mempromosikan sains dan seni sebagai satu elemen bersepadu bagi menarik minat orang ramai ke arah subjek sains. Bersama LADA, ini merupakan penanda aras baharu kepada Inisiatif ArtScience ASM untuk memperkasa kesihatan planet dengan mempamerkan keindahan angkasa Pulau Langkawi yang seharusnya terus dipelihara untuk generasi akan datang,\u201d ujar Academician Datuk Dr Tengku Mohd Azzman Shariffadeen FASc, Presiden ASM merangkap Penasihat Sains, Teknologi dan Inovasi kepada Perdana Menteri dan Negara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tuan Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) LADA berkata, \u201cBuku coffee table ini merupakan nilai tambah kepada kaedah promosi dan pemasaran Pulau Langkawi daripada perspektif gabungan keindahan angkasa, puisi dan lakaran artistik. LADA pada tahun-tahun mendatang akan melakukan publisiti dan hebahan sewajarnya dalam mempromosikan Pulau Langkawi sebagai salah sebuah destinasi cerapan angkasa terbaik di Malaysia sekali gus mampu menggalakkan kehadiran pelancong di sini.\u201d <\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kerjasama ASM dan LADA bagi penerbitan buku ini bermula pada tahun 2021 sebagai salah satu inisiatif di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Pelancongan LADA 2020 &#8211; 2021. Koleksi gambar-gambar angkasa bagi buku Cosmic Connections: Langkawi ini dicerap di Observatori Negara Langkawi (ONL). ONL ialah salah sebuah balai cerap di Malaysia yang menyediakan fasiliti pencerapan bertaraf antarabangsa bagi penyelidikan dalam bidang astronomi optikal di Malaysia. Kelebihan ONL yang terletak di Khatulistiwa membolehkan ia mencerap objek astronomi di langit hemisfera utara mahupun selatan. Pihak National Aeronautics and Space Administration (NASA), Amerika Syarikat juga turut merujuk kepada pihak ONL bagi mendapatkan koleksi gambar angkasa yang sangat jarang didapati. ONL boleh dilawati oleh orang awam yang berminat secara temu janji. <\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cInisiatif ArtScience ASM bertujuan untuk memupuk kreativiti terhadap penyatuan seni dan sains. Justeru, saya berharap kerjasama seumpama ini mampu mengembangkan pengaruh ArtScience Malaysia di rantau Asia dan global. Saya mengalu-alukan pelbagai pihak untuk bersama Inisiatif ArtScience ASM bagi menjadikan sains lebih menarik dengan pengaruh seni yang membawa kepada objektif bermakna untuk alam sekitar dan rakyat,\u201d kata Felo Kanan ASM merangkap Ketua Penulis buku Cosmic Connections: Langkawi, Academician Profesor Emerita Tan Sri Dato&#8217; Seri Dr Mazlan Othman FASc.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pelancaran buku Cosmic Connections: Langkawi dilakukan dengan gimik menggunakan dron yang menyerahkan buku kepada tetamu kehormat. Program diakhiri dengan semua tetamu berpeluang untuk melakukan cerapan angkasa melihat planet Musytari (Jupiter) dan Zuhal (Saturn) yang mendapat kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).\n<\/p>\n<p>-TAMAT-<br \/>\nLembaga Pembangunan Langkawi (LADA)<br \/>\n3 Disember 2023<br \/>\n_____________________________________________________________________________________________________________________________<\/p>\n<p>Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : <\/p>\n<p>Najib Mohd Idris<br \/>\nPegawai Komunikasi Korporat ASM<br \/>\n+60193037847<br \/>\nnajib@akademisains.gov.my<\/p>\n<p>Khairul Nizam Abdul Ghalim<br \/>\nPenolong Pengurus Kanan LADA<br \/>\n+60134888400<br \/>\nkhairul@lada.gov.my<\/p>\n<p>Mengenai Akademi Sains Malaysia<\/p>\n<p>ASM ialah sebuah organisasi saintifik bebas di bawah bidang kuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). ASM berusaha untuk menjadi peneraju pemikiran negara dalam hal berkaitan sains, teknologi, inovasi dan ekonomi. Kami menyediakan platform untuk bertukar-tukar idea dalam kalangan ahli akademik, penggubal dasar, masyarakat sivil dan industri.<\/p>\n<p>ASM mempunyai lebih daripada 1,000 orang pakar dalam Sains Kejuruteraan, Sains Perubatan dan Kesihatan, Sains Biologi dan Alam Sekitar, Teknologi Maklumat dan Sains Komputer, Sains Kimia, Matematik, Fizik dan Sains Bumi, Sains Teknologi dan Pembangunan Industri, serta Sains Sosial dan Kemanusiaan.<\/p>\n<p>Aktiviti utama kami termasuk menjalankan kajian strategik dan daya jangka serta menerajui program berasaskan sains strategik di peringkat nasional, serantau dan global. Etos kami ialah &#8220;Budayakan Sains, Raikan Teknologi, Cetuskan Inovasi&#8221;.<\/p>\n<p>Mengenai Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)<\/p>\n<p>Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk merancang dan menggalakkan serta melaksanakan pembangunan di Pulau Langkawi. LADA dengan rasminya ditubuhkan pada 15 Mac 1990 di bawah Akta Lembaga Pembangunan Langkawi 1990 (Akta 423) dan diletakkan di bawah Kementerian Kewangan.<\/p>\n<p>Visi: Menjadi agensi peneraju untuk pembangunan Langkawi sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.<\/p>\n<p>Misi: Menggerakkan pelaksanaan pembangunan industri pelancongan Langkawi yang memberi manfaat kepada masyarakat, negeri dan negara melalui perancangan yang strategik serta tadbir urus yang berkesan.<\/p>\n<p>_____________________________________________________________________________________________________________________________<\/p>\n<\/div><div class=\"fusion-sep-clear\"><\/div><div class=\"fusion-separator fusion-full-width-sep\" style=\"margin-left: auto;margin-right: auto;margin-bottom:40px;width:100%;\"><\/div><div class=\"fusion-sep-clear\"><\/div><div class=\"fusion-sep-clear\"><\/div><div class=\"fusion-separator fusion-full-width-sep\" style=\"margin-left: auto;margin-right: auto;margin-top:50px;width:100%;\"><div class=\"fusion-separator-border sep-single sep-dotted\" style=\"--awb-height:20px;--awb-amount:20px;border-color:#e0dede;border-top-width:1px;\"><\/div><\/div><div class=\"fusion-sep-clear\"><\/div><div class=\"fusion-clearfix\"><\/div><\/div><\/div><\/div><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[150,132],"tags":[],"class_list":["post-23498","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-2023-en","category-press-release"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23498","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23498"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23498\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23498"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23498"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/lada.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23498"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}