Setia Alam, 9 Mac 2023 – Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (KOOP Sahabat) Berhad dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Program Real Estate Invest Day dan Majlis Apresiasi Koperasi Terbaik Tahun 2022 Wilayah Persekutuan. Turut diadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman bagi Pembangunan Hotel Fairfield By Marriott di Langkawi diantara KOOP Sahabat dan Marriott International.

LADA berbesar hati dijemput sebagai pempamer dalam mempromosikan tanah-tanah berpotensi untuk dibangunkan di Langkawi kepada penerima anugerah dan pelabur-pelabur berpotensi.

Diharapkan melalui penyertaan dalam program ini, kerjasama strategik dapat diadakan diantara LADA dan pelabur-pelabur berpotensi bagi meneroka peluang pelaburan baru di Langkawi bagi mencapai matlamat Langkawi sebagai destinasi pelancongan utama dunia.