Menjadi Agensi Peneraju Untuk Pembangunan Langkawi Sebagai Destinasi Pelancongan Bertaraf Dunia
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) mempunyai visi untuk menjadikan Langkawi sebagai sebuah destinasi pelancongan bertaraf dunia dan bagi mencapai visi berkenaan, LADA akan menggerakkan pelaksanaan pembangunan industri pelancongan di Langkawi yang memberi manfaat kepada masyarakat, negeri dan negara melalui perancangan yang strategik serta tadbir urus yang berkesan
UNESCO GLOBAL GEOPARK YANG PERTAMA DI ASIA TENGGARA
LANGKAWI UNESCO GLOBAL GEOPARK
Langkawi Geopark Global UNESCO meliputi keseluruhan Langkawi. Kesemua 99 pulau, setiap tunggul batu yang terserlah di muka laut, segenap hutan belantara dan setiap pelosok kampung dan desa berada dalam Langkawi UNESCO Global Geopark.
TIADA ALASAN!
KOMPLEKS SUKAN LADA
Penglibatan diri dalam aktiviti-aktiviti sukan secara teratur, tersusun dan berterusan banyak memberi manfaat kepada semua golongan masyarakat. LADA menyediakan fasiliti-fasiliti lengkap untuk kegunaan semua lapisan penduduk dan masyarakat di Langkawi dengan harga yang amat berpatutan.