About bicycle

This author has not yet filled in any details.
So far bicycle has created 267 blog entries.

KEJAYAAN PESERTA KURSUS APLIKASI TEKNOLOGI RETORT ANJURAN LADA

Kursus Aplikasi Teknologi Retort anjuran LADA pada bulan April baru-baru ini telah membantu perniagaan Puan Che Sam Ahmad untuk meluaskan pasaran produk beliau ke luar Langkawi. Kursus ini juga telah memberi pendedahan kepada beliau tentang kemahiran pemasaran melalui media sosial dan proses menjadikan produk pes sup beliau tahan lebih lama. Jom ikuti perkongsian beliau melalui [...]

2021-07-28T16:39:14+08:0028 Julai 2021|Aktiviti LADA, Terkini|

LADA BANTU USAHAWAN TANI PELUANG EKONOMI BARU

YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) turun padang meninjau projek penanaman tebu oleh Encik Fairus bin Mohd Zuki di Kampung Nyior Chabang dan projek penternakan itik oleh Puan Naimah binti Ismail di Kampung Bohor Merah. Kedua-dua usahawan tani Langkawi ini menerima bantuan memulakan perniagaan Peluang Ekonomi Baru di [...]

2021-07-28T14:57:27+08:0028 Julai 2021|Aktiviti LADA, Terkini|

USAHA KE ARAH LANGKAWI BEBAS COVID-19 – SUKARELAWAN LADA TAMPIL MEMBANTU DI PPV DEWAN AS-SYIFA

Misi bantuan sukarelawan LADA dalam proses pemberian vaksin kepada komuniti Langkawi diteruskan, kali ini turut melibatkan PPV Dewan As-Syifa di Padang Matsirat. Selama lima hari bermula 7 hingga 13 Julai 2021, beberapa kakitangan LADA telah bertugas di PPV tersebut untuk membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sepanjang tempoh tersebut, antara tugas penting yang dilaksanakan oleh [...]

2021-07-25T16:16:15+08:0025 Julai 2021|Komuniti, Terkini|

LADA BANTU PPVI LICC

LADA BANTU PPVI LICC 17 Julai 2021|Komuniti, Terkini Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Kelab Sukan dan Kebajikan LADA, anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat bersekutunya telah menjalin kerjasama dengan Kelab Rekreasi dan Iktisad Hospital Langkawi (KRIS) bagi menyalurkan sumbangan CSR untuk kegunaan Pusat Pemberian Vaksin Integrasi (PPVI) di Langkawi International Convention Centre (LICC). Penyampaian sumbangan ini telah disempurnakan [...]

2021-07-25T16:12:57+08:0025 Julai 2021|Komuniti, Terkini|

LADA SANTUNI KOMUNITI MELALUI SUMBANGAN CSR

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) meneruskan inisiatif menyantuni pemain industri pelancongan Langkawi yang terkesan dari segi sumber pendapatan akibat pandemik COVID-19. Siri ke-3 Program Bakul Prihatin CSR LADA diteruskan dengan sesi sumbangan kepada pemandu bot pelancong yang beroperasi di Jeti Kilim dan Jeti Teluk Baru. LADA merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Persatuan Pelancongan Langkawi [...]

2021-07-12T11:00:18+08:0012 Julai 2021|Komuniti, Terkini|

KEJAYAAN PESERTA PROJEK RINTIS LADA-PLSB FARM DI LANGKAWI

LADA bersama anak syarikat iaitu Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB) telah bekerjasama bagi menjayakan projek tanaman sayur-sayuran untuk membantu komuniti yang terkesan oleh pandemik COVID-19 yang sedang melanda seluruh negara dan dunia. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada Pelan Tindakan Hala Tuju Ekonomi Langkawi (HELANG) yang bertujuan memberi galakan kepada komuniti Langkawi untuk menceburi sektor ekonomi [...]

2021-07-12T10:51:08+08:0012 Julai 2021|Komuniti, Terkini|

SEMANGAT KE ARAH IMUNITI BERKELOMPOK – SUKARELAWAN LADA SEDIA MEMBANTU KOMUNITI

Sukarelawan LADA yang terdiri daripada kakitangan jabatan ini bertungkus lumus bagi membantu Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Langkawi dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Dewan Badminton Kompleks Sukan Langkawi (KSL). Senario ini membayangkan betapa gigihnya usaha kerajaan untuk membendung penularan wabak ini yang telah menjejaskan kesihatan [...]

2021-06-24T16:32:14+08:0024 Jun 2021|Komuniti, Terkini|

SUMBANGAN MAKANAN ASAS – PROGRAM BAKUL PRIHATIN CSR LADA

Langkawi, 17 Jun 2021 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah memulakan Program Sumbangan Makanan Asas untuk komuniti Langkawi yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19. Program ini merupakan salah satu Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) LADA kepada komuniti pulau tersebut dan dilaksanakan khusus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang telah diumumkan oleh kerajaan. Objektif program ini adalah [...]

2021-06-21T12:35:53+08:0021 Jun 2021|Komuniti, Terkini|

SUKARELAWAN LADA TAMPIL BANTU DI PPV KOMPLEKS SUKAN LANGKAWI

Pada 8 Jun 2021, Sukarelawan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah mula bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Kompleks Sukan Langkawi (KSL). Tugas semua sukarelawan tersebut adalah membantu urusan ‘frontliners’ di PPV KSL ke arah mencapai 'herd immunity' di Pulau Langkawi secepat mungkin. #JomVaksin #SelamatkanLangkawi #kitamestimenang #kitajagalangkawi [...]

2021-06-15T16:31:57+08:0010 Jun 2021|Komuniti, Terkini|

LAWATAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF LADA KE PUSAT PEMBERIAN VAKSIN LANGKAWI

Ketua Pegawai Eksekutif LADA telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kompleks Sukan LADA bagi meninjau perkembangan pemberian vaksin kepada penduduk Langkawi dan penambahbaikan fasiliti PPV KSL untuk keselesaan penerima vaksin.

2021-06-08T16:00:26+08:008 Jun 2021|Komuniti, Terkini|

Go to Top