Langkawi, 11 Julai 2023 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) melalui Bahagian Pelaburan dan Pemudahcara Perniagaan dengan kerjasama PUSPANITA LADA telah mengadakan Kursus Tiktok Business bertempat di Dewan Besar Kompleks LADA. Kursus ini telah disertai oleh seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada usahawan Langkawi dan ahli-ahli PUSPANITA LADA.
Kursus ini dikendalikan oleh Tuan Mohd Zulhazri Bin Azmi atau dikenali dengan panggilan ‘Coach Zul’ yang merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam bidang teknologi maklumat dan pernah mendapat kursus professional dari Microsoft (M). Melalui kursus ini para peserta telah diberi pengetahuan berkaitan membina Konten Di Tiktok, Market Research & Penggunaan Capcut, Posting di Tiktok, Lagu, Effect, Trending, Tanda Pagar #, Cover, Konten FYP, Tiktok Ads, Tiktok Affiliate dan juga Tiktok Shop.
Semoga kursus ini dapat memberi manfaat kepada semua usahawan serta menambah ilmu pengetahuan kepada ahli-ahli PUSPANITA LADA untuk terus meningkatkan produktiviti diri dan memajukan perniagaan mereka di era digitalisasi kini. Majlis penutup kursus telah dirasmikan oleh Pemangku Pengerusi PUSPANITA LADA, Puan Sarahanas binti Mohd Aminal Rashid.