Pada 4 Oktober 2023 telah diadakan sesi serahan surat sumbangan CSR kepada pemohon-pemohon untuk sambutan Hari Malaysia dan Sambutan Maulidur Rasul. Antara pemohon yang hadir adalah wakil-wakil dari KRT Kampung Kuah, KRT Kampung Chandek Kura, Masjid Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq, dan Madrasah Tarbiyatul Uladiyah Darul Ulum, Kilim.

Turut disampaikan penyerahan surat sumbangan bagi pelbagai program yang melibatkan pelajar sekolah dan komuniti setempat kepada wakil-wakil SMK Ayer Hangat, SMK Kelibang, SMK Langkawi, dan Kelab Boling Padang Mahsuri, Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kuah, dan Kraftangan Langkawi.

Semoga sumbangan CSR yang disalurkan LADA dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk kesejahteraan dan pembangunan komuniti Langkawi.

#TanggungjawabSosialKorporat
#CSRLADA