e-Penyertaan LADA

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) mengalu-alukan pandangan, cadangan dan penyertaan masyarakat bagi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan, pembangunan dan kesejahteraan Langkawi.

Dasar dan Garis Panduan e-Penyertaan LADA

e-Penyertaan merupakan saluran penglibatan masyarakat dalam memberikan pandangan dan cadangan berkaitan perkhidmatan, program serta inisiatif pembangunan di bawah bidang kuasa LADA.

Penyertaan awam hendaklah mematuhi panduan berikut:

  • Pandangan dan cadangan hendaklah berkaitan dengan fungsi, perkhidmatan atau pembangunan LADA.
  • Maklum balas hendaklah disampaikan secara berhemah, profesional dan bertanggungjawab.
  • Sebarang kandungan berbentuk fitnah, penghinaan, ancaman atau perkara yang menyalahi undang-undang adalah tidak dibenarkan.
  • Pengguna dinasihatkan supaya tidak mendedahkan maklumat peribadi yang tidak diperlukan.
  • Semua pandangan dan cadangan yang diterima boleh dipertimbangkan mengikut bidang kuasa dan keperluan semasa LADA.

Rujukan Dasar Kerajaan

Polisi e-Penyertaan Jabatan Digital Negara (Rujukan)

Pekeliling Pendigitalan Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2025

Saluran e-Penyertaan dan Maklum Balas Awam

Orang awam boleh mengemukakan pandangan, cadangan atau maklum balas kepada LADA melalui saluran rasmi berikut:

Hantar Pandangan dan Cadangan melalui SISPAA LADA