Langkawi, 26 April 2022 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al-Istiqamah, Kuala Teriang telah menganjurkan Program Bicara Ilmu Siri 1/2022 di masjid tersebut.

Pengisian bagi program bicara ilmu ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu YBhg. Syeikh Muhammad Fauwaz bin Dato’ Syeikh Abdullah dengan kupasan tajuk “Mungkinkah Ini Ramadhan Terakhir Buatku?”. Program ini dihadiri oleh seramai 360 orang yang terdiri daripada komuniti setempat, wakil jabatan dan agensi serta para pelajar tahfiz.

Selain itu, sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) LADA kepada 20 orang penerima yang terdiri daripada kumpulan asnaf juga telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Ahmad Fuad bin Che Ani @ Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA (Pengurusan).

Turut hadir ialah YBrs. Tuan Wan Kamarul Faisal bin Wan Kamardin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) serta pegawai dan kakitangan LADA bagi menyantuni serta berbuka puasa bersama komuniti.

Semoga program mengimarahkan masjid ini dapat memberi manfaat kepada komuniti dan kumpulan sasar dalam menjalani ibadah puasa dan membuat persiapan bagi Aidilfitri yang bakal tiba.

#BicaraIlmu
#MungkinkahIniRamadhanTerakhirBuatku
#LADABersamaKomuniti
#MasjidAlIstiqamah
#KualaTeriang