PROGRAM ‘GATHERING OF GEOPARKIANS’ SEMPENA HARI PELANCONGAN SEDUNIA 2021

Langkawi, 27 September 2021 – Lembaga Pembangunan Langkawi melalui Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) dalam satu lagi inisiatif untuk menghidupkan kembali sektor pelancongan Pulau Langkawi hari ini telah mengadakan Program ‘Gathering of Geoparkians’ sempena sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2021. Program yang dianjurkan di Dash Resort Langkawi ini melibatkan kira-kira 200 orang peserta yang terdiri daripada [...]

2021-10-07T11:46:29+08:007 Oktober 2021|Pelancongan, Terkini|

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN CADANGAN PEMBANGUNAN LANGKAWI PREMIUM OUTLET ANTARA BDB, BDBMBI DAN LADA

Kuala Lumpur, 21 September 2021 - Majlis Menandatangani Perjanjian Cadangan Pembangunan Langkawi Premium Outlet antara BDB, BDBMBI dan LADA telah diadakan hari ini di Dewan Hasil, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Pejabat Pengarah Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Majlis ini disaksikan oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz [...]

2021-10-07T11:36:33+08:007 Oktober 2021|Pelancongan, Terkini|

PEMBUKAAN SEMULA LANGKAWI – KETIBAAN PELAWAT DI JETI PENUMPANG KUAH PADA 16 SEPTEMBER 2021

Seramai 709 orang pelawat dianggarkan telah tiba di Langkawi hari ini melalui Jeti Penumpang Kuah dengan menaiki tiga buah feri. Feri pertama tiba dengan jumlah penumpang seramai 86 orang, manakala feri kedua dengan jumlah penumpang seramai 290 orang disambut oleh YAB Menteri Besar Kedah, YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya serta YBrs. Ketua Pegawai Eksekutif [...]

2021-09-22T10:11:21+08:0022 September 2021|Pelancongan, Terkini|

LANGKAWI SEDIA MENERIMA PELANCONG DOMESTIK MULAI 16 SEPTEMBER 2021

Langkawi, 16 September 2021 – Langkawi mencipta sejarah sebagai destinasi pelancongan pertama yang dibuka bagi menerima ketibaan pelancong domestik di bawah program gelembung pelancongan (travel bubble) negara. Penerbangan pesawat MH1432 jenis Boeing 737-800 milik Syarikat Malaysia Airlines dengan kapasiti penumpang sebanyak 159 orang antara yang pertama membawa pelancong dari Kuala Lumpur ke Langkawi. “Ini adalah [...]

2021-09-22T10:08:34+08:0022 September 2021|Pelancongan, Terkini|

PELANCARAN INISIATIF PELANCONGAN SEMPENA PEMBUKAAN SEMULA PULAU LANGKAWI SEBAGAI DESTINASI RINTIS PELANCONGAN DOMESTIK

Langkawi, 15 September 2021 – Kerajaan bersetuju untuk membuka semula sektor pelancongan Langkawi di bawah program gelembung pelancongan sebagai projek rintis negara bermula 16 September ini. Sebagai persediaan awal, LADA dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan melancarkan tiga inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan Langkawi (T-REC) 2021-2022 sempena pembukaan semula Langkawi. Menurut YBrs. Tuan Nasaruddin bin [...]

2021-09-22T10:04:53+08:0022 September 2021|Pelancongan, Terkini|

NCER DAN LADA BERGANDING BAHU MEMBANTU INDUSTRI PELANCONGAN LANGKAWI

Langkawi, 14 September – Seiring dengan pelancaran projek rintis Gelembung Perjalanan Pelancongan Domestik Langkawi pada 16 September 2021 ini, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bersama-sama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menganjurkan Majlis Gerak Kerja Penggiat Industri Pelancongan Langkawi Bersama NCIA dan LADA Sempena Pembukaan Gelembung Perjalanan Pelancongan Domestik untuk memulihkan industri pelancongan domestik Langkawi. [...]

2021-09-22T09:59:17+08:0022 September 2021|Pelancongan, Terkini|

PEMBERSIHAN AWAM SEMPENA PEMBUKAAN SEMULA PELANCONGAN LANGKAWI (CUCI-CUCI LANGKAWI)

“Langkawi bersedia menerima kedatangan pelancong apabila pulau peranginan ini dibuka semula di bawah program gelembung pelancongan mulai 16 September ini,” kata Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif LADA. Menyokong kenyataan YAB Perdana Menteri pada 2 September 2021 berkenaan pemilihan Pulau Langkawi sebagai destinasi rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan, LADA menganjurkan Pembersihan Awam [...]

2021-09-22T09:55:26+08:0022 September 2021|Pelancongan, Terkini|

LADA RAIH ANUGERAH ‘HERITAGE ARTICLE’ DALAM PATA GOLD AWARDS 2021

Langkawi, 9 September 2021 – Lembaga Pembangunan Langkawi telah berjaya mengungguli kategori ‘Heritage Article’ (Artikel Warisan) dalam anugerah bertaraf antarabangsa Pacific Asia Travel Association (PATA) Gold Awards 2021. Kali ini, anugerah berprestij yang dianjurkan sejak 26 tahun yang lalu telah dilaksanakan secara maya pada 8 September 2021 dengan mengambil kira situasi penularan wabak COVID-19 di [...]

2021-09-22T09:51:37+08:0022 September 2021|Pelancongan, Terkini|

LANGKAWI PERKENAL SIJIL PEMATUHAN SOP COVID-19 KEPADA PREMIS PELANCONGAN MELALUI KEMPEN MYSAFE LANGKAWI

Langkawi, 23 Ogos 2021 – Bagi memastikan produk pelancongan mematuhi SOP COVID-19 secara optimum, Langkawi memperkenalkan Pensijilan Pematuhan SOP COVID-19 yang akan disertai secara sukarela oleh enam (6) segmen perniagaan dalam industri pelancongan iaitu hotel dan resort, makanan dan minuman (F&B), penginapan, peruncitan, agensi pelancongan dan tarikan pelancongan. Pensijilan ini diterajui oleh LADA dengan kerjasama [...]

2021-09-08T10:57:53+08:008 September 2021|Pelancongan, Terkini|

KURSUS ‘COVID-19 EDUCATION & RISK ASSESSMENT’ – KEMPEN MYSAFE LANGKAWI

September ini sektor pelancongan di Pulau Langkawi bakal dibuka dan kita akan mula menerima kehadiran pelancong. Persoalannya, bersediakah kita mewujudkan suasana pelancongan yang selamat dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan? Justeru, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah merancang satu pelan tindakan yang bersifat menyeluruh dan holistik bagi menyambut pembukaan semula pulau pelancongan ini kepada [...]

2021-09-08T07:40:39+08:008 September 2021|Pelancongan, Terkini|

Go to Top