e-Penyertaan LADA
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) mengalu-alukan pandangan, cadangan dan penyertaan masyarakat bagi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan, pembangunan dan kesejahteraan Langkawi.
Dasar dan Garis Panduan e-Penyertaan LADA
e-Penyertaan merupakan saluran penglibatan masyarakat dalam memberikan pandangan dan cadangan berkaitan perkhidmatan, program serta inisiatif pembangunan di bawah bidang kuasa LADA.
Penyertaan awam hendaklah mematuhi panduan berikut:
- Pandangan dan cadangan hendaklah berkaitan dengan fungsi, perkhidmatan atau pembangunan LADA.
- Maklum balas hendaklah disampaikan secara berhemah, profesional dan bertanggungjawab.
- Sebarang kandungan berbentuk fitnah, penghinaan, ancaman atau perkara yang menyalahi undang-undang adalah tidak dibenarkan.
- Pengguna dinasihatkan supaya tidak mendedahkan maklumat peribadi yang tidak diperlukan.
- Semua pandangan dan cadangan yang diterima boleh dipertimbangkan mengikut bidang kuasa dan keperluan semasa LADA.
Rujukan Dasar Kerajaan
Polisi e-Penyertaan Jabatan Digital Negara (Rujukan)
Pekeliling Pendigitalan Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2025
Saluran e-Penyertaan dan Maklum Balas Awam
Orang awam boleh mengemukakan pandangan, cadangan atau maklum balas kepada LADA melalui saluran rasmi berikut:







