1. Berapakah bilangan geotapak yang terdapat dalam Langkawi UNESCO Global Geopark?
Secara keseluruhan, Langkawi mempunyai sebanyak 38 geotapak.

2. Adakah saya boleh melawat geotapak secara sendiri?
Pengunjung digalakkan untuk mengguna khidmat pemandu pelancong (tourist guide) yang diiktiraf untuk tujuan keselamatan dan penyaluran maklumat yang tepat.

3. Bagaimanakah cara untuk membuat aduan sekiranya saya melihat sebarang kerosakan atau gangguan di geotapak yang dikunjungi?
Aduan bolehlah dikemukakan kepada LADA secara bertulis (tuan/puan digalakkan untuk turut melampirkan gambar bagi laporan atau aduan yang dikemukakan) untuk memudahkan kerja-kerja pengenalpastian lokasi dan pengurusan aduan.

4. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan akses ke geotapak?
Terdapat beberapa geotapak yang boleh diakses dengan menggunakan kenderaan darat seperti basikal, motosikal dan kereta. Namun, terdapat juga beberapa geotapak lain yang hanya boleh diakses dengan menaiki bot.

5. Berapakah yuran yang dikenakan jika saya berminat untuk mengunjungi geotapak?
Tiada sebarang yuran dikenakan untuk urusan kunjungan ke geotapak. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan geotapak bolehlah diajukan kepada Unit Pemantauan Produk di talian 04-9600 660, 04-9600 625 atau 04-9600 635.

6. Adakah terdapat waktu yang ditetapkan jika saya berminat untuk melawat Geopark Discovery Centre (GDC)?
Waktu operasi Geopark Discovery Centre (GDC) adalah dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang. GDC dibuka pada setiap hari termasuk Jumaat dan Sabtu, kecuali semasa cuti umum.

7. Bayaran yang dikenakan untuk melawat GDC?
Kemasukan pelawat ke GDC adalah percuma.

8. Adakah terdapat sebarang program anjuran geopark yang boleh saya sertai dan jika ada, apakah syarat-syarat yang dikenakan?
Terdapat beberapa program geopark yang boleh disertai umum, antaranya seperti:

i. Program GeoMangrove
ii. Program Geosite Clean-Up
iii. Program GeoCoral
iv. Program Mangrove Tour

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah diajukan kepada Unit Informasi dan Pendidikan Geopark, Geopark Discovery Centre (GDC) di talian 04-950 2130 atau 04-950 2142.

9. Di manakah boleh saya dapatkan maklumat lengkap mengenai Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp)?
Maklumat lengkap tentang Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) boleh didapatkan dari laman sesawang LUGGp pada pautan https://langkawigeopark.com.my/.