Langkawi, 1 April 2022 – Sebanyak 32 pasukan dari sekitar Langkawi telah menyertai Kejohanan Futsal Langkawi Piala LADA 2022 yang berlangsung selama tiga hari mulai 30 Mac 2022 bertempat di Dewan Futsal Kompleks Sukan Langkawi. Kejohanan yang dianjurkan sempena Sambutan Ulang Tahun LADA Ke-32 ini bertujuan memupuk gaya hidup sihat serta mencungkil bakat dalam kalangan belia.

Tahniah kepada pasukan yang menjadi johan iaitu pasukan Ceria B yang membawa pulang hadiah berupa piala pusingan, wang tunai berjumlah RM1,332.00 beserta medal. Naib Johan yang disandang oleh pasukan Ummi United membawa pulang wang tunai RM1,032.00 berserta medal. Pasukan Black Sand FT dan Lang Prima FT pula berkongsi kedudukan di tempat ketiga bersama dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM732.00 beserta medal.

Hadiah telah disampaikan kepada pemenang oleh YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif LADA.

LADA berharap anak-anak muda Langkawi akan terus membudayakan gaya hidup sihat seterusnya menghindarkan diri daripada aktiviti pelencongan sosial bagi melahirkan komuniti Langkawi yang sejahtera.

#FutsalLangkawi
#LADABersamaBelia
#MajulahSukanDemiLangkawi
#UlangTahunLADAKe32