Gotong-royong mega diadakan di kawasan persisiran pantai hujung airport, Langkawi sepanjang 1.2km bermula daripada kawasan medan food truck laksa sehingga ke hujung persisiran pantai yang bersempadan dengan kawasan tapak pembinaan Widad Group Berhad.

Keadaan semasa di persisiran pantai ini diliputi pokok-pokok dan belukar yang menghalang pemandangan pelancong ke arah pantai dan laut. Oleh yang demikian, tujuan gotong-royong ini adalah untuk meningkatkan keindahan, kebersihan dan pemandangan di kawasan tersebut yang menjadi tarikan dan tumpuan pelancong menikmati local street food selain dapat meningkatkan kerjasama di antara LADA dan jabatan-jabatan/agensi-agensi di Langkawi.

Skop kerja gotong-royong ini melibatkan kerja-kerja pemangkasan dahan pokok, membersih belukar dan mengutip sampah.