Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia dan Kementerian Kesihatan Negeri Kedah telah menganjurkan 11th National Public Health Conference & 1st Global Public Health Conference bertempat di Resort World, Langkawi pada 24 hingga 27 Julai 2023.

Namun, YB Menteri tidak dapat hadir secara fizikal pada 25 Julai 2023 dan telah mewakilkan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan bagi merasmikan persidangan kali ini.

Kumpulan ini telah menerima insentif MICE daripada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) berupa tajaan makan tengah hari.

#NaturallyLangkawi
#LangkawiBestWey
#Langkawi99MagicalIsland