Pada 22 Ogos 2020, pihak DXN Agrotech Sdn Bhd telah mengadakan sesi latihan dan bimbingan kepada 9 orang peserta daripada dua persatuan yang terlibat di dalam insentif Peluang Ekonomi Baru (tanaman), HELANG iaitu Persatuan penjaja dan peniaga kecil cawangan Langkawi serta Kelab Sri Anggerik.

Sesi latihan dan bimbingan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan yang tepat berkaitan penjagaan Rumah Cendawan agar dapat memberikan hasil yang optimum.

#KitaJagaLangkawi