9 Mac 2023, Langkawi – Tiga lagi inisiatif projek kecil komuniti di bawah LADA telah berjaya disempurnakan oleh komuniti Langkawi.

Sesi penyerahan projek siap tersebut telah disempurnakan oleh Pengurus Unit Khidmat Korporat (UKK), Puan Nordiana binti Nordin yang melibatkan 3 lokasi sekitar Kuah iaitu, Langkawi Autism Care Centre (LACC), Dayang Bay, Pusat Aktiviti Warga Emas Daerah Langkawi (PAWE) dan Surau Al-Amin Taman Seroja.

Semoga dengan sumbangan ini, ianya dapat memberikan manfaat dan keselesaan kepada komuniti Langkawi khususnya penduduk setempat.

#lada&komuniti
#pembangunankomuniti
#komunitisejahtera