Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Ekonomi, di bawah inisiatif kerjasama subserantau Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) dan Brunei-Indonesia-Malaysia-Philippines East ASIAN Growth Area (BIMP-EAGA) dengan kerjasama Asian Development Bank (ADB), ICLEI-Local Governments for Sustainability-South Asia and Southeast Asia (ICLEI-SA/ ICLEI-SEA), IMT-GT Joint Business Council (JBC) menyokong pelaksanaan Pelan Tindakan Bandar Hijau (GCAP) di Pulau Langkawi.

Dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), bengkel bagi pelaksanaan Pelan Tindakan Bandar Hijau (GCAP) di Langkawi telah dianjurkan pada 19 Mac 2023 bertempat di Auditorium LADA. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Wira Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail, Exco Kerajaan Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Sains, Teknologi & Inovasi, Pengajian Tinggi dan turut sama dihadiri oleh Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) serta wakil agensi-agensi kerajaan di Negeri Kedah.