Lembaga Pembangunan Langkawi telah menerima kunjungan lawatan daripada pihak Fakulti Pengurusan Hospitaliti, Kolej Universiti Islam (KUIM) pada 26 Februari 2020 jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Pelancongan, Aras 5, Kompleks LADA. Taklimat yang disampaikan merupakan taklimat berkaitan fungsi dan peranan LADA khususnya dalam sektor pelancongan. Encik NorAzman Bin Yusuf, selaku Ketua Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Unit Khidmat Korporat LADA telah mengendalikan sesi taklimat pada kali ini.