Langkawi, 14 Oktober 2021 – Konsul Ekonomi di Konsulat Jenderal Republik Indonesia Pulau Pinang telah mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) pada hari ini. Lawatan ini bertujuan mengeratkan hubungan antara pihak konsulat berkenaan dan LADA.

Pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk penyertaan LADA dalam Trade Expo Indonesia – Digital Edition (TEI-DE) kali ke-36 yang akan diadakan secara maya dari 21 Oktober hingga 4 November 2021. Peluang ini boleh diambil oleh LADA untuk mempromosikan produk-produk tempatan dan sektor pelancongan Langkawi di pasaran Indonesia.

Semoga kerjasama ini akan dapat direalisasikan untuk manfaat dan kepentingan kedua-dua pihak.