Langkawi, 20 Oktober 2021 – Seramai 42 orang delegasi dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Selangor telah mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Lawatan ini diketuai oleh Tuan Mohd Fauzi bin Mohd Yatim, Yang Dipertua MPAJ dan turut disertai oleh Ahli Majlis dan pegawai tertinggi MPAJ.

Perkongsian maklumat mengenai peranan dan fungsi LADA serta prestasi semasa sektor pelancongan Langkawi telah dilaksanakan dalam sesi lawatan ini.

Semoga lawatan kerja ke LADA dan Langkawi ini akan membuahkan hasil dan memberi manfaat kepada MPAJ dalam mencapai visinya iaitu ‘Menjadikan Perbandaran Ampang Jaya Ke Arah Bandar Digital Dan Berdaya Huni Menjelang 2025’.