Langkawi, 8 Oktober 2021 – Satu lawatan kerja oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Paduka Ammar bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim ke Pulau Tuba telah diadakan pada hari ini. Objektif lawatan ini adalah bagi meninjau kerja baik pulih dan naik taraf Jeti Teluk Bujur yang sedang dilaksanakan oleh LADA di pulau tersebut. Projek yang dijangka selesai pada Mac 2023 ini dilaksanakan untuk memastikan jeti tersebut sentiasa berada dalam keadaan selamat dan baik untuk kegunaan pelancong dan penduduk setempat.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah EXCO Kerja Raya, Bekalan Air & Sumber Air dan Tenaga Negeri Kedah, YB Dato’ Suraya binti Yaacob, Pegawai Daerah Langkawi, YBrs. Tuan Haji Saiful Anwar bin Azmi, YDP Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP), YBrs. Tuan Radzuan bin Osman, dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib.