TYT OLEXANDER NECHYTAYLO, Duta Besar Ukraine telah mengadakan lawatan kerja ke Pulau Langkawi dari 29 Mac sehingga 04 April 2021. Sepanjang lawatan ini, TYT Duta Besar Ukraine telah mengadakan kunjungan hormat ke LADA, Pejabat Daerah dan MPLBP bagi membincangkan kerjasama dan peluang pelaburan yang boleh diterokai oleh pelabur dari Ukraine.

Perbincangan berkaitan sektor pelancongan juga diadakan bertujuan untuk meningkatkan jumlah kemasukan pelancong Ukraine ke Pulau Langkawi dengan cadangan pelbagai program ‘smart partnership’ di antara pemain industrI pelancongan bagi kedua-dua negara. TYT Duta Besar Ukraine juga telah dibawa melawat ke beberapa produk pelancongan utama di Pulau Langkawi.