11 Mei 2023 – LADA telah menganjurkan Majlis Aidilfitri Langkawi Best Wey! 2023. Penganjuran majlis ini merupakan antara inisiatif untuk membina hubungan yang harmoni dengan semua pihak seterusnya menyemarakkan semula pemulihan industri pelancongan di Langkawi. LADA telah menerima kunjungan semua pemegang taruh untuk meraikan Majlis Aidilfitri Langkawi Best Wey! 2023 di Kompleks LADA. Lebih daripada 30 menu disajikan kepada para pengunjung sepanjang keraian ini berlangsung.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Sektor Perancangan dan Pembangunan) LADA, Wan Kamarul Faisal bin Wan Kamardin turut menjelaskan bahawa, majlis ini disertai hampir oleh 3,000 orang tetamu jemputan yang terdiri daripada agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), pihak hotel, pihak swasta, komuniti setempat serta pelancong-pelancong Langkawi.

#BestweyrayadiLangkawi
#LangkawiBestWey