SIRI 4 & 5: Kategori Pelajar Cemerlang STPM
Tarikh : 18 Ogos 2020
Tempat: Dewan Besar, Kompleks LADA

Majlis A-KAWI hari ini telah dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama antara LADA, PPD, PLSB dan LPSB. Majlis yang direka khas bagi menghargai pelajar-pelajar yang telah memperoleh keputusan cemerlang di dalam peperiksaan tahun 2019. Pada hari ini, seramai 33 orang pelajar telah menerima anugerah A-KAWI kategori Pelajar Cemerlang STPM. Majlis penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Zepri Bin Saad, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, LADA serta Cik Nordiana Nordin, Pengurus Unit Khidmat Korporat, LADA.

#KitaJagaLangkawi