27 Ogos 2023 – Lembaga Pembangunan Langkawi(LADA) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2022 bertempat di Dash Resort, Langkawi. Seramai 23 orang pegawai lantikan tetap dan 5 orang pegawai lantikan kontrak telah diberi penganugerahan atas perkhidmatan cemerlang sepanjang tahun 2022. YAB Dato’ Seri’ Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah Darul Aman telah hadir berkongsi rasa kesyukuran, menyantuni dan meraikan warga kerja LADA pada majlis sederhana namun penuh bermakna.

Dalam ucapan ringkasnya, YAB Menteri Besar memberi kata perangsang kepada semua warga kerja LADA untuk meningkatkan lagi prestasi kerja bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada semua pemegang taruh. Beliau turut mengingatkan warga kerja LADA untuk mengamalkan budaya kerja cemerlang selari dengan Nilai Teras LADA iaitu (BIP) iaitu Berpasukan, Integriti dan Profesionalisme.