15 Mei 2023 – LADA telah mengadakan Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Sistem Mekanikal dan Elektrikal Serta Lain-lain Kerja Berkaitan di Dewan MIEC, Langkawi Kedah Darul Aman.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk pihak kontraktor, Lapisan Rezeki Sdn Bhd menyerahkan Dewan MIEC yang telah siap dinaik taraf kepada LADA. Majlis penyerahan ini dihadiri oleh YBhg. Dato’ Mohd Zafir Bin Ibrahim, Setiausaha Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun, Kementerian Kewangan Malaysia; YBrs. Tuan Wan Kamarul Faisal Bin Wan Kamardin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) LADA; YBrs. Ir. Khairul Nizam Bin Yusoff, Pengurus, Bahagian Kejuruteraan Teknikal LADA dan YBrs. Dato’ Yahaye Bin Sidek mewakili kontraktor Lapisan Rezeki Sdn. Bhd.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yasin dan doa selamat oleh pelajar Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Ar-Rawi, Langkawi. Majlis diteruskan dengan penyerahan replika kunci oleh kontraktor kepada YBrs. Tuan Wan Kamarul Faisal Bin Wan Kamardin mewakili LADA dan disusuli penyerahan Perakuan Siap Kerja (CPC) kepada kontraktor oleh pihak LADA.

Projek naik taraf ini telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna oleh pasukan projek yang terdiri daripada pegawai & kakitangan Bahagian Kejuruteraan Teknikal LADA, pasukan perunding, dan pihak kontraktor meliputi skop naik taraf sistem penyaman udara dan pendawaian elektrikal di keseluruhan Dewan MIEC serta kerja-kerja lain yang berkaitan demi memastikan dewan berada dalam keadaan terbaik menjelang penganjuran LIMA 23.