Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menyertai Matta Fair Penang yang berlangsung pada 20 – 21 Ogos 2022 bertempat di Spice Arena, Penang.
Program yang di rasmikan oleh YB Yeoh Soon Hin, Penang State Exco for tourism and creative economy ini telah mensasarkan pendapatan sebanyak RM20 juta dan LADA telah bersama-sama 8 pemain industri pelancongan di Langkawi telah berkampung di Penang untuk bersama-sama mempromosikan Langkawi. Semoga usaha ini mampu menarik lebih ramai pelancong ke Langkawi dan usaha kerjasama LADA-Penang akan membuahkan hasil yang akan memakmurkan Langkawi