Mesyuarat Jemaah Pengarah LADA Bil. 2/2022 telah berlangsung di Pelangi Beach Resort & Spa Langkawi. Mesyuarat ini telah dipengerusikan secara bersama oleh YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah dan YBhg. Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah.
Mesyuarat turut dihadiri oleh YB. Dato’ Paduka Ammar bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YBhg. Datuk Muhammad bin Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Dato’ Suhara binti Salleh, Timbalan Pengarah Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Dan Tuan Nasaruddin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif LADA serta Pengurusan LADA.
Mesyuarat juga menghargai Datuk Muhammad bin Ismail dan YB. Dato’ Paduka Ammar bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim yang akan tamat keahlian Jemaah Pengarah LADA dan bersara daripada perkhidmatan kerajaan.