Unit Integriti LADA telah membuka tirai program pengukuhan tahun 2025 dengan mengadakan Program Pengukuhan Integriti Tahun 2025: ”Pinjam Jangan Sampai Pitam, Urus Wang Minda Tenang” bertempat di Auditorium Kompleks LADA.

Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk meningkat kesedaran dan mendidik peserta tentang kepentingan mengurus kewangan dengan lebih teratur. Program dua (2) sesi selama 4 jam ini dikendalikan oleh dua (2) penceramah jemputan iaitu Encik Mohd Faizal bin Mohd Salleh, Ketua Cawangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Alor Setar dan Puan Hartini binti Hussin, Penasihat Kewangan, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Alor Setar.

Bagi Sesi Pertama yang dikendalikan oleh Encik Mohd Faizal bin Mohd Salleh, para peserta telah mendapat pengetahuan berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak AKPK, isu-isu semasa berhubung pinjaman seperti perangkap kad kredit, jenis-jenis dan sumber pinjaman, asas meminjam dan risiko apabila menjadi penjamin. Selain itu, peserta juga dinasihatkan supaya menjadi pengguna bijak serta berhati-hati dengan penipuan pinjaman oleh scamer serta ajen yang tidak pernah dilantik untuk mengendalikan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak AKPK.

Manakala bagi Sesi Kedua yang dikendalikan oleh Puan Hartini binti Hussin, para peserta telah mendapat pengetahuan berkaitan tanda-tanda menghadapi masalah kewangan, sebab keberhutangan, kebankrapan, kepentingan pengurusan hutang dengan baik serta Program Pengurusan Kredit (PPK).

Di samping mengikuti program, para peserta turut mendapatkan perkhidmatan semakan dan cetakan Laporan Kredit (CCRIS) yang disediakan oleh pihak AKPK.

Seramai 119 orang pegawai dan kakitangan telah menyertai program ini.

#integritytoday #SIFARkepadaRASUAH #upholdyourintegrity #INTEGRITIyangTINGGI #TIADAHADIAH #BantuKamiMerealisasikannya #caknaperaturan