LEMBAGA PENGARAH LADA

YAB. TUAN HAJI MUHAMMAD SANUSI BIN MD NOR

MENTERI BESAR KEDAH

YBHG. DATO’ HAJI MOHD SUHAIMI BIN HAJI ABDULLAH

YBHG. DATO’ SUHARA BINTI SALLEH

TIMBALAN PENGARAH BELANJAWAN NEGARA
KEMENTERIAN KEWANGAN

YB. DATO’ PADUKA AMMAR BIN DATO’ SHAIKH MAHMOOD NAIM

SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH

YBHG. DATUK MOHAMMAD BIN ISMAIL

TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA
(PENGURUSAN)
JABATAN PERDANA MENTERI

YBrs. TUAN NASARUDDIN BIN ABDUL MUTTALIB

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI

(EX-OFFICIO)

PENGURUSAN TERTINGGI LADA

YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib

Ketua Pegawai Eksekutif

YBrs. Haji Rohaizad bin Rashid

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan)

Ketua Pegawai Maklumat

-KOSONG-

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan)

YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib

Ketua Pegawai Eksekutif

PERUTUSAN KPE

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Langkawi UNESCO Global Geopark.

Selamat datang diucapkan kepada semua pengunjung Portal Rasmi Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). LADA telah mencapai usia penubuhan 31 tahun pada 15 Mac 2021 dan dalam tempoh ini juga LADA bertindak sebagai agensi peneraju utama kepada pembangunan dan pelancongan di Langkawi.

Detik mencabar mula menerjah kehidupan masyarakat dalam segala aspek kehidupan dengan penularan wabak COVID-19. Langkawi turut menerima kesan besar daripada bencana perebakan virus ini sehingga menjejaskan kedatangan pelancong domestik dan antarabangsa ke pulau legenda Mahsuri.

Hampir 70% aktiviti ekonomi pulau ini bergantung kepada industri pelancongan. Keadaan yang dihadapi sekarang menyebabkan ekonomi Langkawi mengalami kemerosotan, lantas memberikan impak negatif terhadap masyarakat setempat. Impak ini boleh dilihat melalui penurunan drastik ke atas statistik kedatangan pelancong iaitu sebanyak 46% pada tahun 2020 dengan jumlah pelancong sekadar 1.8 juta sahaja berbanding 3.92 juta pada tahun sebelumnya.

Selaras dengan itu, LADA juga berusaha membangunkan Pelan strategik 2021-2025 bagi tempoh lima (5) tahun. Penghasilan pelan strategik ini bakal menjadi komitmen berterusan LADA untuk menyampaikan perkhidmatan yang terbaik seterusnya menyejahterakan pulau ini.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 dengan penghayatan dan pembudayaan norma baharu. LADA akan sentiasa menyokong usaha murni semua pihak untuk mengembalikan semula kegemilangan sektor pelancongan pulau ini demi kemakmuran bersama.

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) diperbadankan di bawah Akta Parlimen untuk membangunkan Pulau Langkawi serta memajukannya sebagai DESTINASI PELANCONGAN ANTARABANGSA

VISI

Menjadi agensi peneraju untuk pembangunan Langkawi sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia

MISI

Menyelaras dan melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan melalui amalan pengurusan dan sistem penyampaian yang berkesan

DASAR KUALITI

LADA komited menjadikan Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan terkemuka di dunia serta mensejahterakan penduduk Langkawi melalui sistem penyampaian dan tadbir urus yang cekap dan berkesan. Kepuasan pelanggan akan sentiasa ditingkatkan melalui pematuhan kepada keperluan-keperluan dan penambahbaikan berterusan Sistem Pengurusan Kualiti.

PIAGAM PELANGGAN

AKTA 1990 (AKTA 423) LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI

Sila muat turun fail dengan mengetik butang di bawah

Muat Turun