23 Disember 2019 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah dijemput untuk turut serta memberi sokongan dalam Program Back To School Langkawi 2019 anjuran Pejabat Daerah Langkawi. Program lawatan ke rumah bagi keluarga yang kurang berkemampuan ini turut disertai oleh Pejabat Parlimen Langkawi, Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi, Pejabat Zakat Daerah Langkawi, Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Langkawi.

Program ini diadakan bertujuan untuk mengurangka beban golongan yang kurang berkemampuan dalam membuat persediaan sesi persekolahan 2020. Seramai 5 keluarga yang terdiri daripada 14 orang pelajar sekolah rendah dan menengah telah menerima sumbangan berbentuk barangan sekolah seperti pakaian, alatan tulis dan beg sekolah. Selain itu, LADA turut menyalurkan sumbangan berbentuk baucer kepada setiap pelajar bagi pembelian barangan dan peralatan sekolah sebagai langkah membantu mengurangkan bebanan keluarga demi pembangunan modal insan Langkawi.