Program i-Talk Siri 2 Tahun 2020: Pengkisahan Tumbuk Rusuk Telunjuk Lurus Kelingking Berkait – Pengkisahan Dari Tirai Besi

Hari ini, siri kedua Program i-Talk Tahun 2020 berkaitan bahana rasuah telah diadakan di LADA dan ianya disampaikan oleh Tuan Mohd Firdaus Bin Ramlan, Ex Majistret Kelantan. Program ini merupakan pengkongsian secara ‘real life experience’ di mana pengkisahan dari tirai besi selama tiga (3) tahun yang dialami sendiri oleh penceramah pada tahun 2010.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan bahana rasuah di samping menyahut seruan kerajaan dalam memerangi jenayah rasuah di negara kita di samping selaras dengan amanat daripada YBhg. Tan Sri KPPA supaya setiap individu memiliki “DNA penjawat awam iaitu berintegriti, pantas dan profesional dalam menunaikan tanggungjawab”.

Alhamdulillah sambutan yang amat mengalakkan di mana program ini dihadiri seramai 49 orang kakitangan Kumpulan Pelaksana LADA.

#integritytoday
#upholdyourintegrity
#bahanarasuah
#sayangikerjaya
#sayangikeluarga