Langkawi, 4 April 2023 – Program Jelajah Ramadan Siri 2/2023 telah diadakan di Masjid At-Taqwa, Kg. Kisap, Mukim Kuah. Seramai 33 orang asnaf telah menerima bantuan sempena sambutan Ramadan Al-Kareem tahun ini.

Sesi penyerahan sumbangan kepada golongan asnaf telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Ahmad Fuad bin Che Ani @ Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LADA bersama-sama YBrs. Tuan Zubir bin Ahmad, Ahli Lembaga Pengarah Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB) dan Ir. Abu Hashim bin Abd Rahman, Pemangku Ketua Pegawai Operasi PLSB.

Semoga sumbangan yang dihulurkan ini dapat meringankan beban keluarga yang terlibat sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.