Langkawi, 16 Jun 2023 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Langkawi (AADK) telah menganjurkan program SHEILD bertempat di Masjid Bayas, Langkawi. Antara pengisian program ini adalah perkongsian pengalaman bersama bekas penagih dadah, ceramah kesedaran dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Seramai 30 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah di sekitar Langkawi.

#LADAdankomuniti
#LADAandcommunity
#LADALangkawi