14 Disember 2019 – PROGRAM TEAM BUILDING (PTB) LADA TAHUN 2019 “KEEPING TOGETHER IS PROGRESS, WORKING TOGETHER IS SUCCESS” telah dilaksanakan dengan jayanya selama 4 hari 3 malam mulai 11-14 Disember 2019 bertempat di Kem Paya Pahlawan, Jitra Kedah. Program ini disertai seramai 30 orang pegawai Kumpulan Pengurusan dan Professional LADA.

PTB 2019 telah diaturkan oleh Unit Latihan dan Kompetensi, LADA dengan pelbagai modul indoor dan outdoor games. Peserta juga turut diuji kekuatan fizikal dan mental mereka dengan pelaksanaan aktiviti seperti berikut:

Hari Pertama

  1. Aktiviti Berkumpulan
  2. Management Games
  • Night Walk  –  Menguji  mental  setiap   peserta  apabila   berjalan berseorangan di dalam hutan yang gelap gelita

Hari Kedua

  1. Trekking – Laluan bukit dan hutan getah sejauh 4km didaki oleh peserta
  2. Survival – Peserta memasak hidangan tengahari di dalam buluh dan buah kelapa dengan dibekalkan dengan sumber yang terhad
  • Flying Fox – Kata kunci bagi aktiviti ini adalah menaruh kepercayaan dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi

Hari Ketiga

  1. Membina Rakit – Semangat kerjasama berkumpulan ditonjolkan oleh semua peserta bagi memastikan pembinaan rakit yang kukuh
  2. Lake Crossing
  • Management games
  1. Malam Kebudayaan – Setiap kumpulan menonjolkan kreativiti masing – masing dengan mempersembahkan sketsa muzikal mengikut tema yang diberi

Hari Keempat

  1. Explorace – Menguji ketangkasan peserta dan kerjasama dalam kumpulan dalam menyelesaikan task yang
  2. Majlis Perasmian Penutupan PTB 2019

Majlis Perasmian Penutupan PTB 2019 telah dirasmikan oleh YBhg. Dato Haji Mohd Asri Redha Bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Lembaga Pembangunan Langkawi. Majlis ini turut dihadiri oleh Encik Mohd Khairil Bin Osman, Lembaga Pengarah Paka Utama Holdings Sdn Bhd selaku pengendali perkhidmatan kem tersebut. YBhg. Dato’ turut menyarankan bahawa semua peserta yang hadir diharapkan mendapat manfaat daripada penganjuran PTB ini. Malah, beliau turut berkongsi empat

(4) kriteria pembangunan individu yang boleh diperolehi daripada penganjuran PTB adalah keyakinan diri yang tinggi, kepercayaan dan kerjasama yang baik antara pegawai LADA, menjaga hubungan sesama warga LADA serta komunikasi yang berkesan dalam penyampaian perkhidmatan yang terbaik.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada peserta yang telah memberikan komitmen penuh sepanjang berlangsungnya program ini.