Sambutan Ketibaan Rombongan Pelancongan Berpakej (Domestic Travel Bubble) dari Kuala Terengganu ke Langkawi, 25 Mac 2021, Jeti Penumpang Kuah, Langkawi

Rombongan ini merupakan kumpulan pelancong berpakej pertama yang tiba di Langkawi dari K. Terengganu selaras dengan pematuhan 100% SOP Gelembung Perjalanan Domestik seperti yang diumumkan oleh YB Datuk Seri Ismail Sabri, Menteri Kanan Pertahanan mulai 10 Mac 2021.

Rombongan ini menggunakan khidmat syarikat pelancongan berdaftar dan berlesen dgn MOTAC iaitu Syarikat Pengangkutan Imala Travel & Tours Sdn. Bhd. yang beribu pejabat di K. Terengganu dan bekerjasama dengan Syarikat BCR Langkawi Holidays Sdn. Bhd. yang dilantik selaku ‘ground handler’ di Langkawi.

Rombongan ini akan bercuti selama 3 hari 2 malam mulai harini sehingga 27 Mac 2021. Kumpulan kedua dari Kuala Terengganu dengan SOP yang sama akan tiba di Langkawi pada 29 Mac 2021.