Sesi Amanat YAB Menteri Besar Kedah Merangkap Pengerusi Bersama Jemaah Pengarah LADA Kepada Pegawai-Pegawai Lembaga Pembangunan Langkawi

Langkawi, 2 April 2021 – Sesi Amanat YAB Tuan Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah merangkap Pengerusi Bersama Jemaah Pengarah LADA kepada pegawai-pegawai LADA telah diadakan pada jam 8.30 pagi bertempat di Auditorium LADA. Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Hezri Adnan, KPE LADA dan YBrs. Tn. Hj. Rohaizad Rashid, Timbalan KPE (Pengurusan) LADA bersama 60 orang pegawai-pegawai agensi tersebut. Program ini merupakan wadah yang penting bagi penyampaian visi dan misi Kerajaan Negeri kepada semua pegawai yang terlibat untuk dipraktikkan dalam urusan pentadbiran di LADA.

Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada pegawai-pegawai LADA untuk berinteraksi secara dua hala bersama YAB Menteri Besar Kedah dalam menyampaikan idea dan cadangan untuk memantapkan pentadbiran organisasi.

Program ini telah dilaksanakan mengikut pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan COVID-19.