Langkawi, 27 Februari 2022 – Seramai 100 orang usahawan dan pemain industri pelancongan Langkawi telah menyertai Sesi Libat Urus Langkawi Bangkit. Program anjuran LADA dengan kerjasama SME Bank dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) ini diusahakan bagi membantu para peserta untuk mendapatkan maklumat serta berhubung secara terus dengan institusi kewangan berdaftar yang terlibat.

Sesi ini memberi perkongsian tentang pembiayaan khas yang ditawarkan oleh kedua-dua institusi ini kepada para usahawan dan penggiat industri pelancongan.
Selain itu, peserta turut mendapat pencerahan berkaitan kemudahan-kemudahan kewangan tersedia yang dapat membantu mereka untuk mengambil peluang merancakkan semula perniagaan dan menjadikannya lebih berdaya saing dalam pasaran.