Langkawi, 12 April 2023 – Sesi mengacau bubur lambuk telah diadakan di Masjid Al-Falah, Kg. Padang Kandang, Mukim Padang Matsirat bersempena dengan Program Jelajah Ramadan Siri 3/2023 anjuran kerjasama LADA, RTM Langkawi dan Puspanita LADA.

YBrs. Tuan Ahmad Fuad Bin Che Ani @ Abd Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LADA, turut bersama turun padang bagi sesi agihan bubur lambuk kepada komuniti sekitar. Turut hadir sama bagi sesi agihan bubur lambuk ini ialah Puan Sarahanas selaku Timbalan Pengerusi Puspanita LADA. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Puspanita LADA, RTM Langkawi dan pihak masjid kerana turut mengimarahkan program kerjasama kali ini.

Diharapkan majlis ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara warga LADA dan juga komuniti Langkawi.

#ladadankomuniti
#jelajahramadan