Tarikh : 24 Mac 2021 (Rabu)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Kuala Sungai Melaka, Langkawi

Sesi Penyerahan Surat Kelulusan Projek Kecil Komuniti Fasa 1 Tahun 2021 Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah, Pengerusi Bersama Jemaah Pengarah LADA diiringi oleh YBhg. Dr. Hezri Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif LADA dan YBrs. Tuan Haji Rohaizad bin Rashid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan.

Sebanyak 9 projek kecil komuniti telah diserahkan surat kelulusan kepada komuniti yang terlibat antaranya pembaikan surau, dewan orang ramai, Tabika, pagar tanah perkuburan, pembekalan karpet serta sistem pembesar suara kepada masjid dan surau di sekitar Langkawi dengan kos keseluruhan sebanyak RM146,400.00.

Pelaksanaan projek kecil komuniti ini adalah usaha-usaha LADA dalam membantu komuniti langkawi bagi meningkatkan kesejahteraan dan memupuk semangat perpaduan penduduk, meningkatkan keselamatan penduduk, menggalakkan aktiviti kerohanian dan ekonomi dikalangan penduduk serta dapat menjalin hubungan muhibah antara LADA dan penduduk langkawi.