Tarikh : 4 Jun 2020 (Khamis)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Tanjung Rhu Resort, Langkawi

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah mengadakan sesi ‘engagement’ bersama Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Chapter Kedah/Perlis bagi membincangkan berkenaan pelan strategik bagi mempromosikan industri pelancongan Langkawi yang terjejas akibat daripada wabak Covid-19. Melalui program ini, MAH telah membangkitkan berkenaan masalah dan isu yang dihadapi terutamanya dari segi penurunan ketara jumlah penginap di hotel-hotel yang berdaftar dengan MAH. Beberapa mekanisma telah dibincangkan dan diperhalusi bagi merancakkan semula industri pelancongan di Langkawi. Program seumpama ini merupakan pendekatan LADA untuk meningkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak terutamanya pemain industri pelancongan di Langkawi dalam mendepani pelbagai isu yang berkait industri pelancongan. MAH telah diwakili oleh Pengerusinya iaitu Mr Eugene Dass serta 7 Ahli Jawatankuasa MAH Chapter Kedah/Perlis. Manakala LADA diwakili oleh Dr. Hezri Bin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif serta 3 pegawai daripada Bahagian Pelancongan
.