Events
Program Bicara Ilmu
Program Bicara Ilmu merupakan sebuah program yang direncanakan bersesuaian dengan Pelan Strategik Pembangunan Komuniti di bawah Teras 1 iaitu pembangunan sosial bagi meningkatkan pembangunan kerohanian serta pembangunan modal insan masyarakat melalui penyampaian ilmu agama. Program yang berbentuk ceramah agama atau akademik ini disampaikan
Liga Bola Sepak Langkawi : Piala LADA
Kejohanan Liga Bola Sepak Langkawi Piala LADA merupakan salah satu program yang direncanakan dalam melahirkan komuniti yang mengamalkan budaya hidup sihat serta menghindari aktiviti pelencongan sosial. Kejohanan yang digemari oleh golongan belia ini terbukti telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan oleh pemain serta kehadiran penonton khasnya penyokong pasukan pemain yang menyaksikan perlawanan sepanjang kejohanan ini [...]
Program I-Fit- Langkawi
Program I-Fit merupakan aktiviti senam berkonsepkan aerodance yang lebih menyeronokkan dan menjadi kegemaran masyarakat pada masa ini terutamanya golongan belia. Program yang direncanakan ini dapat melahirkan komuniti yang mengamalkan budaya hidup sihat selain dapat melahirkan masyarakat dalam keadaan yang cergas seterusnya menjadikan Langkawi sebagai sebuah arena sukan berkonsepkan aerodance yang ternama.







