Views Navigation

Event Views Navigation

Today

Forum Kelestarian Kebangsaan

Langkawi

Forum ini bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk melibatkan diri bersama pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan dalam pembangunan Langkawi UGGp. Ia juga melibatkan masyarakat dalam perancangan, strategi dan hala tuju pembangunan bangunan masa hadapan.

Langkawi Writers Festival

Langkawi Writers Festival merupakan acara untuk mempromosikan aktiviti seni, budaya, bahasa dan kesusasteraan Langkawi. Acara ini menggalakkan orang ramai untuk lebih memahami sejarah bahasa Melayu disamping menjunjung daya tarikannya melalui penulisan sasterawan muda, dengan harapan karya-karya mereka diterima dalam dunia kesusasteraan yang lebih luas.

8th World Carrom Championship 2022

Langkawi

Kejohanan edisi ke-8 ini menyasarkan penyertaan seramai 250 peserta dari 17 buah negara. Kejohanan ini juga diiktiraf oleh International Carrom Federation (ICF).

National Fossil Day

Langkawi

Hari Fosil Kebangsaan yang merupakan acara bagi sambutan tahunan yang bertujuan untuk menunjukkan nilai saintifik dan pendidikan terhadap palaeontologi dan kepentingan memelihara fosil untuk tatapan generasi akan datang.

ASEAN International Course on UNESCO Global Geopark

Langkawi

Disokong oleh Global Geoparks Network (GGN) dan pejabat serantau UNESCO, LADA akan menganjurkan kursus serantau ke-5 mengenai Geopark Global UNESCO untuk meningkatkan kemampanan Geopark. Bengkel ini akan memberi tumpuan kepada pembangunan geosite dan geopelancongan, disampaikan secara eksklusif oleh pakar GGN.

IRONMAN Malaysia Langkawi 2022

Langkawi

Lebih daripada 1,200 atlet akan bertanding 3 disiplin utama iaitu berenang sejauh 3.8km, basikal 180km dan larian 42.2km untuk diisytiharkan sebagai IRONMAN finisher. Atlet berpeluang untuk melayakkan diri berlumba diantara yang terbaik di dunia ke Kejohanan Dunia IRONMAN di Kailua Kona, Hawaii.