Langkawi UNESCO Global Geopark Day
Pusat Discovery Geopark (GDC) Pusat Discovery Geopark (GDC), langkawi, kedah, MalaysiaSambutan ulang tahun Langkawi UNESCO Global Geopark yang akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti konservasi yang menarik. Ayuh datang dan sertai sambutan sejarah Langkawi serta berkongsi kejayaan Langkawi UNESCO Global Geopark bersama.
Pesta Bendang
Laman Padi Laman Padi, langkawi, kedah, MalaysiaPesta Bendang pastinya mengamit memori dan nostalgia silam para pengunjung akan kehidupan tradisional masyarakat pada masa lalu berkait sawah dan padi. Antara pengisian program bagi pesta selama 3 hari ini adalah futsal dan bola jarring di dalam sawah padi, serkap ikan, pameran dan pelbagai lagi aktiviti kekeluargaan
Langkawi Geopark Enduro Challenge
99 Bike Park, Langkawi 99 Bike Park, Langkawi, laangkawi, kedah, MalaysiaLangkawi Geopark Enduro Challenge adalah pusingan ke-2 Kejohanan Mountainbiker Enduro (MEC) 2022. Pusingan pertama merupakan Cabaran Enduro Bukit 300, yang diadakan di Teluk Batik, Perak. Manakala, pusingan ke-3 ialah Cabaran Mersing Enduro (September) dan pusingan akhir ialah Daru1Aman Hills Enduro Challenge pada bulan Disember.
Sambutan Hari Pemuliharaan Ekosistem Bakau Sedunia
Kubang Badak BioGeotrail. Kilim Karst Geoforest Park, Tuba Island Kubang Badak BioGeotrail. Kilim Karst Geoforest Park, Tuba Island, langkawi, kedah, MalaysiaSambutan hari Pemuliharaan Ekosistem Bakau bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan ekosistem bakau sebagai ekosistem yang unik, istimewa dan terdedah. Program ini juga untuk mempromosikan penyelesaian bagi pengurusan, pemuliharaan dan kegunaannya yang mampan.
Forum Kelestarian Kebangsaan
LangkawiForum ini bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk melibatkan diri bersama pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan dalam pembangunan Langkawi UGGp. Ia juga melibatkan masyarakat dalam perancangan, strategi dan hala tuju pembangunan bangunan masa hadapan.
Langkawi Writers Festival
Langkawi Writers Festival merupakan acara untuk mempromosikan aktiviti seni, budaya, bahasa dan kesusasteraan Langkawi. Acara ini menggalakkan orang ramai untuk lebih memahami sejarah bahasa Melayu disamping menjunjung daya tarikannya melalui penulisan sasterawan muda, dengan harapan karya-karya mereka diterima dalam dunia kesusasteraan yang lebih luas.