Langkawi, 9 Februari 2022 – Penyampaian bantuan kepada komuniti tempatan sempena sambutan Tahun Baru Cina diteruskan lagi. Seramai 12 orang penerima bantuan yang disenaraikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Langkawi merasa bersyukur dan gembira atas sumbangan yang dihulurkan oleh pihak LADA.

YBrs. Tuan Haji Ahmad Fuad bin Abd Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) bersama pegawai dari Unit Khidmat Korporat LADA mendekati komuniti melalui Program Prihatin Komuniti Cina bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk menyambut perayaan ini.

#KomunitiSejahtera
#LADALangkawi
#KitaJagaLangkawi
#DemiLangkawi
#KomunitiLangkawi
#TahunBaruCina