Langkawi, 6 Februari 2022 – Warga Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah turun padang menyantuni sembilan orang ahli komuniti tempatan melalui Program Prihatin Komuniti Cina sempena sambutan Tahun Baru Cina 2022. Sesi pertama ini melibatkan komuniti di kawasan kejiranan Taman Medan Berjaya, Taman Langkawi, Taman Vokasional dan Taman Indah.

Antara bentuk bantuan yang dikongsikan adalah barangan keperluan asas dan wang tunai. Misi penyampaian bantuan ini telah diketuai oleh YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif LADA. Turut serta dalam sesi serahan ini ialah YBrs. Tuan Haji Ahmad Fuad bin Abd Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) dan pegawai-pegawai LADA.

Program ini memberi fokus kepada penerima bantuan bulanan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Langkawi yang terdiri daripada penerima kategori Skim Bantuan Am, Bantuan Warga Emas, Bantuan Kanak-Kanak, Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya dan Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya atau Pesakit Kronik Terlantar.

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban penerima bagi menyambut Tahun Baru Cina 2022.

#KomunitiSejahtera
#LADALangkawi
#KitaJagaLangkawi
#DemiLangkawi
#KomunitiLangkawi
#TahunBaruCina