Acara berbasikal gunung Enduro ialah disiplin yang menggabungkan cabaran berbasikal gunung, merentas desa dan menuruni bukit dalam jangka masa terkumpul.
Penunggang biasanya mengemudi basikal dengan menuruni bukit dengan tempoh tertentu. Pemenang ditentukan berdasarkan masa terkumpul peringkat menuruni bukit.
Para peserta yang mengambil bahagian akan menuruni bukit yang mencabar yang menguji kemahiran teknikal, kelajuan dan ketahanan mereka.
Langkawi, yang terkenal dengan landskap yang menakjubkan dan rupa bumi yang pelbagai, boleh menawarkan suasana yang unik dan indah untuk pertandingan itu.
Ayuh saksikan cabaran berbasikal yang mencabar ini!