Loading Events

Edisi kedua acara ini bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan aktiviti renang sejadi atau open water swimming (OWS) sebagai aktiviti sukan, riadah, dan kecergasan, selain turut memupuk kesedaran dalam kalangan peserta akan kepentingan pemuliharaan marin.

Acara ini akan melibatkan jarak renang sejauh 8km, 4km dan 1.5km. Sebagai usaha menyokong pembangunan pelapis bagi sukan ini, kategori kanak-kanak dengan jarak renang sejauh 400m juga akan diperkenalkan.

Penganjuran acara sebegini merupakan inisiatif baru yang dapat menonjolkan imej Langkawi sebagai destinasi selamat bagi aktiviti sukan air, selain turut menyumbang kepada pembangunan industri pelancongan Langkawi.

Go to Top