LANGKAWI BIZHUB

Langkawi BizHub berperanan sebagai pusat sehenti yang menyelaras pelbagai agensi dan jabatan berkaitan keusahawanan di Langkawi. Inisiatif ini diwujudkan bagi memudahkan capaian usahawan kepada perkhidmatan dan bantuan kerajaan, di samping mengurangkan birokrasi melalui penyelarasan perkhidmatan di bawah satu bumbung. Usaha ini diharap dapat memperkukuh ekosistem keusahawanan tempatan serta meningkatkan daya saing usahawan di peringkat lebih tinggi.

SKOP PERKHIDMATAN

KHIDMAT NASIHAT PERNIAGAAN

merupakan perkhidmatan yang disediakan bagi membantu usahawan, peniaga, atau organisasi dalam meningkatkan kecekapan dan prestasi perniagaan mereka. Melalui khidmat ini, individu atau syarikat boleh mendapatkan panduan profesional berkaitan strategi pemasaran, pengurusan kewangan, pembangunan produk, operasi perniagaan, serta pematuhan undang-undang dan peraturan.

Individu dan Syarikat boleh mendapatkan maklumat lanjut bimbingan perniagaan seperti pautan di bawah:

Program BizClinic Bersama INSKEN

Program Bimbingan Perniagaan merangkumi penyediaan kertas kerja, pengurusan kewangan, sumber manusia dan lain-lain – Hubungi Puan Rosnah Tham di untuk temujanjanji di talian *******

Keperluan Lesen Pihak Berkuasa Tempatan

Garis Panduan bagi pemohonan lesen penjaja.  Maklumat lanjut sila klik di sini
Muat turun borang permohonan klik di sini

MAKLUMAT PEMBIAYAAN DAN GERAN

Sumber dan saluran bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan, institusi kewangan, atau agensi berkaitan bagi menyokong perkembangan perniagaan dan projek keusahawanan. Ia merangkumi pelbagai bentuk kemudahan seperti pinjaman mudah, skim pembiayaan mikro, dana pembangunan, serta geran khas yang bertujuan membantu usahawan memperkukuh modal, meningkatkan kapasiti operasi dan mengembangkan pasaran. Akses kepada maklumat ini penting bagi memastikan usahawan dapat merancang strategi kewangan dengan lebih berkesan dan memanfaatkan peluang yang ditawarkan

Individu dan Syarikat berminat boleh ke pautan di bawah :

BANTUAN PERNIAGAAN DI BAWAH KUSKOP

Jabatan/Agensi PEMBIAYAAN Pautan
Logo TEKUN Pembiayaan perniagaan francais KLIK
Jabatan/Agensi PEMBIAYAAN Pautan
Logo TEKUN Geran Permulaan Perniagaan (Belia Bumiputera), Geran (Perusahaan Mikro dan B40 yang mempunyai elemen inclusive) dan Geran (Perusahaan Mikro dan B40) KLIK
Jabatan/Agensi PEMBIAYAAN Pautan
Logo TEKUN kemudahan kewangan mikro yang disediakan khusus bagi membantu usahawan bumiputera memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka. TEKUN menyediakan pelbagai skim pembiayaan dengan kadar bayaran balik yang fleksibel dan proses permohonan yang mudah. Antara skim yang ditawarkan termasuk Skim Pembiayaan TEKUN Niaga, Skim Pembiayaan Kontrak-i, dan Skim Pembiayaan TekunNita bagi usahawan wanita. Pembiayaan ini bertujuan memberi modal pusingan, memperkukuh aliran tunai, serta meningkatkan kapasiti operasi usahawan kecil agar lebih berdaya saing dan mampan. KLIK
Jabatan/Agensi PEMBIAYAAN Pautan
Logo TEKUN BR SJPP(START UP) GUARANTEE-i, Graduate Monitoring Programme dan Rakyat2E KLIK
Jabatan/Agensi PEMBIAYAAN Pautan
Logo TEKUN Kemudahan pembiayaan dari RM1,000 sehingga RM100,000 dengan tempoh bayaran balik sehingga 10 tahun dan kadar keuntungan sebanyak 4% KLIK

PELUANG PEMASARAN DAN PROMOSI

TUJUAN

Merujuk kepada ruang serta inisiatif yang disediakan bagi memperkenalkan produk atau perkhidmatan kepada pasaran sasaran dengan lebih berkesan. Ia meliputi pelbagai platform seperti pameran perdagangan, media digital, program jaringan perniagaan, dan kempen promosi yang dianjurkan oleh agensi kerajaan atau pihak swasta. Tujuannya adalah untuk meningkatkan keterlihatan jenama, menarik minat pelanggan baharu, serta mengukuhkan kedudukan perniagaan dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.

Hubungi

Individu dan Syarikat berminat boleh menghubungi Puan Rosnah Tham di talian—– bagi meyertai dan mendapatkan maklumat berkaitan program promosi yang ditawarkan oleh LADA seperti MAHA , MIHAS , SIFEX 2025 , MIHF 2026 dan lain-lain program pemasaran.

INFRASTRUKTUR DAN SOKONGAN USAHAWAN

Kemudahan fizikal serta bantuan bukan fizikal yang disediakan bagi memperkukuh ekosistem keusahawanan. Infrastruktur merangkumi kemudahan seperti pusat inkubator, ruang niaga, akses internet berkelajuan tinggi, dan sistem logistik yang efisien. LADA menawarkan Ruang Daya Cipta (RDC) di Kompleks LADA sebagai pusat untuk usahawan melaksanakan aktiviti

Kemudahan

Kemudahan Asas Teknologi (komputer, internet & pencetakan) Ruang kerja dan Program Latihan & Bengkel Komuniti

Kapasiti

Kapasiti RUANG DAYA CIPTA (RDC) ini adalah sebanyak 30 Orang

Hubungi

Sila hubungi Cik Ainaa di 011-11417490 untuk sebarang pertanyaan dan maklumat

BANTUAN & PERKHIDMATAN AGENSI USAHAWAN LANGKAWI